23 lokasi di Pahang dipilih untuk program Jualan Makmur Aidilfitri 2024

23 lokasi di Pahang dipilih untuk program Jualan Makmur Aidilfitri 2024

KUANTAN: Sebanyak 23 lokasi di seluruh Pahang dipilih untuk program Jualan Makmur Aidilfitri 2024 peringkat negeri yang bertujuan mengurangkan beban dan kos sara hidup rakyat terutamanya dalam membuat persiapan menyambut Aidilfitri.

Menteri Besar Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail berkata menerusi Jualan Makmur ini barangan keperluan dijual dan disubsidi oleh kerajaan negeri antara 15 hingga 30 peratus berbanding harga asal.

“Jualan Makmur akan diadakan selama Iima hari bermula pada 3 hingga 7 April 2024 melibatkan beberapa premis (pasar raya dan dewan) di 23 lokasi di seluruh Pahang.

“Saya berharap rakyat Pahang mengambil peluang ini untuk bersama-sama menjayakan Jualan Makmur Aidilfitri 2024 yang sudah pastinya akan memberi manfaat kepada semua,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Sebanyak 11 daerah terlibat dengan jualan ini, termasuk Bera, Bentong, Temerloh, Jerantut pada 3 hingga 4 April, Kuantan, Raub, Lipis, Cameron Highlands (5 hingga 6 April) dan Pekan, Maran serta Rompin pada 6 hingga 7 April.

Beliau berkata penganjuran program ini diselaraskan oleh Exco Hal Ehwal Pengguna dan Sumber Manusia Pahang Sim Chon Siang dengan kerjasama Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) serta pasar raya yang terlibat.

Author:

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *