Pengendali MyNewsHub dipanggil rakam percakapan: MCMC

Pengendali MyNewsHub dipanggil rakam percakapan: MCMC

PUTRAJAYA: Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) telah menghubungi pengendali akaun MyNewsHub untuk dirakam percakapan berikutan tindakan memuat naik dan memainkan semula klip video lama yang menyebabkan kekeliruan dalam kalangan pengguna media sosial.

MCMC dalam kenyataan hari ini memaklumkan pihaknya memandang serius penularan video berdurasi 1 minit 10 saat itu dengan tajuk “Tanya pasal kuarters jer dh kene mcm tu depan KSN!!” yang dilihat berniat untuk membina persepsi negatif terhadap penjawat awam.

“Berdasarkan kenyataan media Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA), video tersebut merupakan simulasi kesiapsiagaan anggota keselamatan sekiranya berdepan dengan situasi serangan provokatif,” menurut kenyataan itu.

Menurut MCMC kes itu disiasat di bawah Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 yang memperuntukkan hukuman denda maksimum RM50,000 atau penjara sehingga setahun atau kedua-duanya sekali, jika sabit kesalahan.

Suruhanjaya itu turut mengingatkan orang ramai agar tidak menyalahgunakan perkhidmatan rangkaian dan perkhidmatan aplikasi dalam talian untuk menyebarkan sebarang kandungan tidak sahih atau palsu.

Terdahulu, JPA dalam kenyataan hari ini memaklumkan video tular melibatkan sekumpulan audiens dan Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Mohd Zuki Ali ialah video lama melibatkan simulasi kesiapsiagaan anggota keselamatan.-Bernama

Author:

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *